Posts

Rawatan Anaerobik

Rawatan anaerobik atau pencernaan bertindak pada bakteria tanpa oksigen. 2 faktor menyebabkan potensi bakteria-bakteria iaitu kawasan permukaan yang luas dan masa generasi yang singkat . Manusia memperolehi kawasan yang spesifik lebih kurang 0.16 m2/kg manakala bakteria mempunyai 62500 m2/kg dan mereka ada berkemampuan mengganda populasi mereka setiap 20 minit. Bakteria ini menggunakan molikul organik yang komplek untuk mendapatkan tenaga dan membina badan yang mempunyai sel yang tunggal. Bakteria ini didapati di dalam keadaan semulajadi di dalam tinja, usus ternakan dan sistem anaerobik. Proses pencernaan adalah 2 peringkat tindakan:- i) fasa cairan (liquefaction) ii) fasa pengeluaran gas (gasification) Fasa cecairan adalah proses di mana pemecahan organik-organik yang besar seperti karbohidrat, protin dan lemak ke molikul yang kecil-kecil seperti asid-asid organik yang mudah. Fasa gasifikasi, yang berlaku disamping...

Rawatan Aerobik

Bertujuan menemui keperluan oksigen di dalam pembuangan. Keperluan diujud oleh organisma-organisma yang memerlukan oksigen untuk kehidupan. Pernafasan organisma-organisma itu adalah sama seperti manusia di mana udara sekitar digunakan untuk metabolisme makanan yang dipisahkan dari bahan pembuangan. Kekurangan oksigen akan membunuh seluruh populasi aerobik di dalam sesuatu tempat. Sistem aerobik, amnya, berasaskan corak di mana pemindah sebanyak mungkin oksigen di dalam pembuangan. Ini boleh berlaku seperti berikut:- Organisma-organisma aerobik adalah kurang cerewet dibanding dengan anaerobik dan senang dikawal. Tambahan pula, organisma-organisma lain yang banyak boleh mendapatkan makanan dari pembuangan aerobik:- algae boleh mengeluarkan nutrien inorganik abstrak protozoa dan fungsi boleh ditubuhkan dan ‘food-chain’ yang mencantumkan akan juga dibentuk Memulakan sesuatu populasi simbiotik yang ingini dengan banyak spesis kemungkinan supaya mendapatkan penukaran amaun yang maksima di...

Rawatan tanpa biologikal

Kegunaan kimia untuk mengeluarkan pepejal atau kekurangan bau, kepanasan untuk mengeringkan atau pembakaran, kuasa letrik untuk potensi purifikasi dan cara mekanikal untuk menghilangkan air adalah cara alternatif ke rawatan biologikal. Tujuan kegunaan adalah sama dengan cara biologikal tetapi di sini tujuan asas adalah untuk memulihkan sebahagian pembuangan untuk digunakan diladang atau di mana-mana tempat yang lain. Dengan menerangkan prinsip-prinsip rawatan, di sini kami boleh menyelidiki cara yang diguna. 3 jenis rawatan dibincangkan seperti berikut:- Rawatan sebahagian (partial treatment) Rawatan sepenuh (complete treatment) Rawatan pemulihan (reclamation treatment)

Lagoon-lagoon Anaerobik

Mana-mana lagoon simpanan, tangki atau kolam boleh menjadi anaerobik jika tidak dapat pengudaraan. Tahap tepu oksigen menjadi kosong di atas 150 mm di dalam lagoon penyimpanan dan salupen tidak dalam sangat untuk membesarkan stratifikasi (penyusunan berlapis-lapis) dan pembalikan kandungan itu. Percampuran adalah yang paling kurang dan lagoon-lagoon bertindak sebagai tabung enapan. Ini akan mengurangkan pejal terapong (suspended solids) ke 80 – 90% dan kekurangan BOD yang kemudian ke para tinggi sebanyak 80%. 3 lapisan yang ternyata berlaku di dalam sistem seperti ini:- a) keladak di bawah yang mengandungi pepejal enapan atau sludge b) lapisan cecair c) lapisan keras dan kering di atas (kerak) Pembuangan ternakan lembu dengan cepat menjadi keras dan kering di atas kerana mengandungi kandungan fiber yang paling tinggi, manakala pembuangan babi mempunyai jirim fiber yang sedikit dan tidak timbul dengan senang. Pembentukan kerak bergantung kepada cuaca. Musim panas mengga...

Lagon Aerobik

Penyimpanan aerobik adalah biasanya tidak dalam untuk mengalakkan pengoksidan. Pembinaan adalah lebih kurang sama seperti lagoon untuk anaerobik tetapi dalaman tidak melebihi 1 meter untuk menggalakkan pengudaraan yang cekap. Jika perlu juga lebih dalam dari 1 meter, perlulah mengadakan pam penganginan untuk membekal pengudaraan yang cukup untuk menggalak aktiviti aerobik. Ada beberapa jenis ‘aerators’ yang boleh digunakan untuk membekal penganginan. Bila lagoon aerobik telah penuh, kandungannya boleh dikosongkan dengan tanker vakum atau pam tanpa desludging. Kadang-kala dua atau tiga lagoon boleh dibina berikut atas slope untuk membenar rawatan dengan purifikasi progresif. Over-flow dari satu lagoon ke lain boleh dibuat dengan paip pvs, diameter 150 mm, untuk menghalang tersekat. Satu cara lagi – lagoon anaerobik primari boleh diikuti oleh lagoon aerobik dengan kesan yang baik. Lagoon anaerobik primari akan memecahkan organik molikul yang besar dan komplek manakala di lagoon aerobi...

Klasifikasi Proses Rawatan Air

Rawatan sistem sisa air yang biasa terdapat di dalam effluen industri makanan boleh dibahagi kepada 3 sessi: 1.Rawatan utama:pepejal yang tergantung di dalam cecair dikeluarkan dengan teknik fizikal. 2.Rawatan Kedua:lebih komplex, selalunya pembersihan biologikal, teknik digunakan untuk mengeluar bahan-bahan larutan dan pepejal-pepejal calloidal. 3.Rawatan ketiga: pembersihan akhir dan rawatan untuk mengeluar sejenis effluen yang cukup bersih untuk di akhirkan ke pengaliran air seperti sungai, parit.

Lain-lain Rawatan Pembuangan Ladang

a) Oxidation Ditches Boleh digunakan untuk komuniti yang kecil dibina atas atau bawah tanah dengan kayu atau konkrit. Bekas erapan dibina sebelum pengaliran ke ditches. Penggodaan yang dilakukan untuk mendapat rawatan yang baik. Masalah keluaran benih yang perlu dibuang. Perlukan kajian buih lebih baik. b) Extended Aeration Tanks Mengbekaskan effluen di dalam tangki dan masukkan angin kedalam kandungan untuk menyimpan semua pepejal didalam keadaan Suspension, menyebabkan keadaan hubungan yang rapat antara bakteria, oksigen-oksigen pembuangan. Keburukan – perlu model yang banyak untuk memasang peralatan dan kegunaan tenaga. c) Barrier Ditches Mewakili sistem pengudaraan pasif tanpa kuasa tenaga. Keperluan asas Adalah saluran yang panjang dan curam, lebih panjang lebih baik. Parit yang digali di bahagi oleh penghalang bahan kayu, konkrit atau logam yang menjadi seperti sessi mini kolam, Tiap-tiap kolam melimpah (effluen) ke kolam bahagian bawah pembuangan 60 hari unt...