Lagon Aerobik

Penyimpanan aerobik adalah biasanya tidak dalam untuk mengalakkan pengoksidan. Pembinaan adalah lebih kurang sama seperti lagoon untuk anaerobik tetapi dalaman tidak melebihi 1 meter untuk menggalakkan pengudaraan yang cekap. Jika perlu juga lebih dalam dari 1 meter, perlulah mengadakan pam penganginan untuk membekal pengudaraan yang cukup untuk menggalak aktiviti aerobik. Ada beberapa jenis ‘aerators’ yang boleh digunakan untuk membekal penganginan.

Bila lagoon aerobik telah penuh, kandungannya boleh dikosongkan dengan tanker vakum atau pam tanpa desludging. Kadang-kala dua atau tiga lagoon boleh dibina berikut atas slope untuk membenar rawatan dengan purifikasi progresif.

Over-flow dari satu lagoon ke lain boleh dibuat dengan paip pvs, diameter 150 mm, untuk menghalang tersekat.

Satu cara lagi – lagoon anaerobik primari boleh diikuti oleh lagoon aerobik dengan kesan yang baik. Lagoon anaerobik primari akan memecahkan organik molikul yang besar dan komplek manakala di lagoon aerobik dengan cepat memecahkan molikul yang mudah dan produk pembuangan dari pencernaan anaerobik. Pengudaraan juga mengurangkan bau dan keluaran gas/beracun di tangki bawah tanah dan menghalang keluaran gas methane yang mempunyai risiko kelutupan.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Aerobik

Lagoon-lagoon Anaerobik