Rawatan Anaerobik

Rawatan anaerobik atau pencernaan bertindak pada bakteria tanpa oksigen. 2 faktor menyebabkan potensi bakteria-bakteria iaitu kawasan permukaan yang luas dan masa generasi yang singkat. Manusia memperolehi kawasan yang spesifik lebih kurang 0.16 m2/kg manakala bakteria mempunyai 62500 m2/kg dan mereka ada berkemampuan mengganda populasi mereka setiap 20 minit.


Bakteria ini menggunakan molikul organik yang komplek untuk mendapatkan tenaga dan membina badan yang mempunyai sel yang tunggal.


Bakteria ini didapati di dalam keadaan semulajadi di dalam tinja, usus ternakan dan sistem anaerobik.


Proses pencernaan adalah 2 peringkat tindakan:-

i) fasa cairan (liquefaction)

ii) fasa pengeluaran gas (gasification)

Fasa cecairan adalah proses di mana pemecahan organik-organik yang besar seperti karbohidrat, protin dan lemak ke molikul yang kecil-kecil seperti asid-asid organik yang mudah.


Fasa gasifikasi, yang berlaku disamping fasa cecairan menukar asid-asid yang mudah ke gas methane dan karbon dioksid. Jika peringkat ini dilambatkan asid-asid yang toxid akan dikeluarkan pada sistem biologikal.


Keadaan yang sesuai yang perlu untuk sistem pencernaan bergantung kepada nisbah karbon/nitrogen, suhu, pH, kandungan pepejal dan kemungkinan kandungan ammonia.

PH - 6.5 atau 7.0 dan

Suhu - 360C

Sistem anaerobik yang berfungsi dengan betul adalah penting untuk mendapatkan penghasilan rawatan yang sempurna.

Jika cairan (liquefikasi) berlaku tanpa pembentukan organisma-organisma yang memproses methane itu akan menghasilkan bahan yang beracun

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Aerobik

Lagoon-lagoon Anaerobik