Sistem Slat

Sistem yang cekap dan ekonomik untuk mengeringkan tinja ayam. Teknik adalah untuk mengumpul tinja yang jatuh dari ayam di atas ‘slat’ papan/kayu.

Kecekapan sistem terdiri dari faktor-faktor seperti berikut:

  1. Tinja segar melekat di atas tinja lama yang telah diduduki di atas ‘slat’ kayu
  2. Angin panas melalui tinja-tinja yang terkumpul di bawah reban yang menyebabkan kekeringan tinja dengan cekap.
  3. Kepanasan didapati dari ternakan ayam yang dipelihara di atas semasa metabolisme tenaga makanan dan pengaliran pengudaraan oleh sistem ventilasasi yang sedia ada.

‘Slat’ kayu disokong pada 2 peringkat barisan yang bawah yang menerima najis yang terjatuh dari atas. Pembinaan seperti ini akan menggalakan pengudaraan yang baik.

‘Slat’ barisan bawah adalah lebih besar daripada yang di atas untuk menerima lebih banyak najis dari atas. Ukuran untuk slat atas adalah lebih kurang 10 cm lebar manakala slat di bawah mempunyai ukuran 12.5 cm lebar dengan 7.5 cm ruangan kosong antara slat.

Bila lantai stok ayam, lantai slat ini akan diturunkan ke lantai bawah di mana traktor/loader boleh keluarkan untuk ditabur ke paddock atau guna auntuk pembajaan tempat-tempat lain.

Jika ‘bridging’ (sambongan najis berlaku antara 2 slat) berlaku sebelum masa tiba untuk menurunkan eloklah ambil langkah untuk diturunkan separuh, jika bridging berlaku pengudaraan akan dikurangkan dan ini akan menyebabkan proses keringkan yang lama. ‘Bridging’ selalu berlaku jika ruangan antara slat didapati rapat sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Aerobik

Lagoon-lagoon Anaerobik