Lagoon-lagoon Anaerobik

Mana-mana lagoon simpanan, tangki atau kolam boleh menjadi anaerobik jika tidak dapat pengudaraan. Tahap tepu oksigen menjadi kosong di atas 150 mm di dalam lagoon penyimpanan dan salupen tidak dalam sangat untuk membesarkan stratifikasi (penyusunan berlapis-lapis) dan pembalikan kandungan itu. Percampuran adalah yang paling kurang dan lagoon-lagoon bertindak sebagai tabung enapan. Ini akan mengurangkan pejal terapong (suspended solids) ke 80 – 90% dan kekurangan BOD yang kemudian ke para tinggi sebanyak 80%.

3 lapisan yang ternyata berlaku di dalam sistem seperti ini:-

a) keladak di bawah yang mengandungi pepejal enapan atau sludge

b) lapisan cecair

c) lapisan keras dan kering di atas (kerak)

Pembuangan ternakan lembu dengan cepat menjadi keras dan kering di atas kerana mengandungi kandungan fiber yang paling tinggi, manakala pembuangan babi mempunyai jirim fiber yang sedikit dan tidak timbul dengan senang.

Pembentukan kerak bergantung kepada cuaca. Musim panas menggalakkan kerak yang tebal mungkin sebab penwapan yang tinggi. Selepas setahun atau lebih tumbuhan rumput rampai akan tumbuh diatas kerak yang lama-lama menjadi kukuh sehingga orang boleh berjalan di atas kerak itu.

Pergerakkan yang berkesan boleh menjadi penghalang untuk memenuhi oksigen dan ini akan menjaminkan keadaan anaerobik. Aktiviti di dalam sesuatu sistem ini adalah paling tinggi semasa musim panas dan mungkin mengeluarkan gas methane melalui pepecahan kerak. Ini tidak akan menimbulkan masalah jika lagoon ini terbuka tetapi lagoon yang tertutup dan melekat menyebabkan kelutupan.

Lagoon penyimpanan selalunya dibina untuk penyimpanan pembuangan kapasiti selama 6 bulan – 1 tahun. Sebab itu mengosongkan lagoon itu adalah perlu sekali atau dua kali setahun.

De ‘sludging’ sesuatu lagoon perlu dilakukan setiap dua atau tiga tahun dan kadang-kadang tiap-tiap 5 – 6 tahun. Ini juga bergantung kepada kedalaman lagoon muatan dan kecekapan anaerobik pepecahan yang berlaku di dalam sistem itu.

Dalam lagoon adalah antara 2 dan 3 meter dalam. Tempat laluan jentera perlulah disediakan pada tiap-tiap lagoon supaya senang dikosongkan atau boleh dibersihkan dengan mudah.

Semasa pembentukan lagoon tanah yang digali akan menjadi tebing lagoon itu. Oleh itu tebing yang dibuat dengan tanah perlulah dikukuhkan untuk mengelakkan kebocoran kelak. Kebocoran yang berlaku kerana tekanan yang paling tinggi dari pembuangan semasa aktiviti anaerobik. 4.5 liter ‘slurry’ (campuran tinja + kekotoran + air) akan menimbang sebanyak 4.5 kg, dan penyimpanan setahun bagi sekumpulan 250 ekor lembu akan keluar sebanyak 4.5 juta liter (1 juga galen). Lantai kolam lagoon juga perlu dikukuhkan atau dipadatkan untuk menghalang ‘slurry’ dari meniris ke bawah tanah yang mempunyai aras mata air. Ini akan mencemarkan bekalan air.


Masalah yang dihadapi dengan sistem anaerobik adalah bau. Sebab lagoon dibentukkan di luar tidak ada masalah berbau tetapi akan berbau apabila telah diberish atau dikosongkan.

Jika menggodak, lagoon akan mengeluarkan sejenis bau yang berupa bau telur busuk (hydrogen sulphide) dan satu lagi jenis bau yang lebih teruk baunya dinamakan mercaptans.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Aerobik